Sabtu, 7 Mei 2011

Perjalanan Yang Jauh.. Bekal Yang Sedikit


biarpun lakar peta ada di tangan
pembimbing ada di hadapan
kenderaan ada di tunggangan
namun perjalan ini amat jauh
dari pejam kepada celik
hingga celik kepada pejam

jauhnya bukan kerana
jalan yang panjang
lembah yang curang
lorong yang kelam
tapi...
kemungkinan bila-bila
untuk ditamatkan
merahsiakan hentinya
langkah goyangan kaki dan tangan

perjalanan ini membutuhkan bekal
bukan untuk dijamah
ketika kelaparan
bukan untuk diteguk
ketika kehausan
bukan untuk disandar
ketika kepenatan
tapi..
untuk menjadi jawapan
kepada soalan-soalan

bekal yang sedikit
untuk perjalanan yang jauh
perjalanan yang mencari bekal
bukannya bekal untuk perjalanan