Mengapakah manusia lebih cenderung untuk melakukan perkara-perkara dosa dari perkara-perkara pahala?
Mengapakah manusia lebih mendapat sokongan dan sanjungan untuk melakukan perkara-perkara dosa dari perkara-perkara pahala?
Mengapakah manusia lebih merasa ketagih untuk melakukan perkara-perkara dosa dari perkara-perkara pahala?
Mengapakah manusia lebih mudah dan senang untuk melakukan perkara-perkara dosa dari perkara-perkara pahala?
Mengapakah manusia lebih ramai untuk melakukan perkara-perkara dosa dari perkara-perkara pahala?
Mengapakah manusia lebih suka untuk melakukan perkara-perkara dosa dari perkara-perkara pahala?
Jawapannya...
Supaya kita tahu bahawa andai kita memasuki Syurga maka hanya kerana rahmatNya... dan supaya kita tahu bahawa andai kita memasuki neraka maka hanya kerana usaha kita...
Jawapan yang ku temui ini entah betul entah tidak... Namun itulah pengamatan yang ku capai...
Rabu, 23 September 2009
Isnin, 14 September 2009
Andai Yang Bukan Andai
Kerap kali menyibuk di celahan kata-kata, kalimah andai yang sering disalahgunakan, untuk mencipta sebab-sebab yang wajar dan tidak wajar. Menjadi modal utama untuk tidak mempersalahkan diri sendiri, untuk tidak mahu mengakui kekurangan dan kelemahan yang sengaja diselindungkan di sebalik hiasan kalimah ini.
Andailah andai tidak menjadi andai... Tetapi menjadi kebagiaan yang tidak pernah diandaikan, menjadi kedamaian yang tidak langsung diandaikan... Namun andai hanyalah sebuah andai, yang tidak lepas dari ketidaktepatan apa yang dimahukan dengan apa yang ditentukan...
Jika tidak pernah diizinkan adanya andai, maka tidak berpeluang setiap jiwa yang mengangankan andai untuk berlaku, dan membanyakkan andai yang kadang-kadang mencetuskan wawasan dan cita-cita, walaupun selalunya mengukir mimpi-mimpi di siang hari...
Andailah andai yang boleh diandaikan menjadi bukan andai... Maka andai yang mana satu akan dipilih untuk menjadi bukan andai... Berikan sedikit masa untuk berfikir... Terlalu berbilang andai yang telah dilafazkan oleh lidah, yang telah ditangisi oleh mata... Adakah andai aku menjadi seorang yang memiliki bahagia... Adakah andai aku menjadi seorang yang memiliki derita... Adakah andai aku menjadi seorang yang mempunyai kekayaan... Adakah andai aku menjadi seorang yang mempunyai kemiskinan... Adakah andai aku menjadi seorang yang memberi erti kehidupan... Adakah andai aku menjadi seorang yang memberi erti kematian...

Ahad, 6 September 2009
Pemberian dan Pintaan
Kehidupan ini penuh dengan pemberian dan pintaan. Tanpa pemberian tiada pintaan, tanpa pintaan tiada pemberian. Pemberian dan pintaan silih berganti, saling dahulu mendahului. Nilai pemberian terletak pada pemberinya, nilai pintaan terletak pada pemintanya...
Kita sering membandingkan antara pemberian dan pintaan, mencari-cari yang mana satu lebih banyak. Kita menganggap setiap pemberian adalah kerana pintaan, dan setiap pintaan adalah untuk pemberian...
Bila kita meminta dan lalu diberi kita pasti gembira, dan bila kita dipinta dan lalu memberi kita pasti sengsara. Kerna pintaan itu dianggap penambah kebahagiaan, dan kerna pemberian itu dianggap penambah kesengsaraan...
Kita sering merasakan segala yang kita pinta adalah yang terbaik untuk kita. Tetapi setelah kita diberi kita mungkin merasakan apa yang terbaik adalah dengan tidak memintanya. Kita terlalu mengukir keindahan di khayalan pintaan kita tanpa melihat hakikat di pemberian nanti. Kerna kita terlalu meletakkan harapan agar semua pintaan kita akan diakhiri dengan pemberian...
Jika benar kita layak diberi, kita tidak memerlukan pintaan untuk mendapatkannya. Tetapi, kita masih meneruskan pintaan hanya kerana jahil masa dan suasana yang mengharuskan berlakunya pemberian ini. Kita tidak boleh memadamkan pemberian setelah pintaan, tapi masih boleh memadamkan pintaan sebelum pemberian...
Erti pemberian ialah kasih dan cinta... Erti pintaan ialah harap dan taat.. Antara hamba dan Pencipta...

Langgan:
Catatan (Atom)